Tuesday, April 5, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=9Qo7tc6qbVM&feature=player_embedded
AADK anjur kempen Kick Drugs Out
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/06/19
Program bertujuan beri kesedaran pada masyarakat mengenai bahaya dadah

PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan melancarkan Program Kick Drugs Out! (KDO) sempena Sambutan Hari AADK Antarabangsa (HADA) yang akan diadakan di pekarangan pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya di sini, pada 26 Jun ini.
Penolong Pengarah AADK Selangor, Zulkarnain Mohamad, berkata tujuan program terbabit adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat secara berterusan berhubung masalah penyalahgunaan dadah yang semakin serius di negara ini.
“Program berkenaan akan menumpukan kepada usaha menyedar dan menggerakkan masyarakat dengan kempen pencegahan dadah.

“Kita yakin impak daripada penganjuran program ini orang ramai akan mula mengutamakan aspek kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan penggunaan rokok atau menyalahgunakan ubat-ubatan, sekali gus akan menjauhi dadah,” katanya pada sidang media mengenai Program KDO di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan), Nani Sikin dan Penolong Pegawai AADK Petaling Jaya, Rozeelia A Wahid.

Zulkarnain berkata, lebih 20 syarikat swasta dan badan bukan kerajaan NGO bermurah hati untuk menaja program yang julung kali diadakan ini termasuk Mydin USJ, Bank Rakyat dan Yeo Hiap Seng (YEOS), Pizza Pinos, Amtex Shoes dan Hikers Climber Adventured Team.
“KDO juga akan menyediakan pelbagai aktiviti sihat dan menarik untuk pengunjung termasuk pelbagai acara sukan seperti Explorace, Paint Ball, Mobile Wall Climbing, Pertandingan Jig Saw Puzzle, Kuiz Terbuka, Permainan Dam Ular dan Gubahan Mawadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkarnain berkata sikap orang ramai yang menjadi mata dan telinga AADK dalam usaha memerangi dadah semakin meningkat apabila pihaknya menerima lebih 40 aduan mengenai penyalahgunaan dadah dalam tempoh enam bulan sepanjang tahun ini berbanding hanya kurang 10 aduan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aduan mengenai penyalahgunaan dadah berikutan semua aduan yang diterima sama ada menerusi panggilan telefon, surat atau e-mel itu akan disiasat pada kadar segera dan pihaknya cuba menyelesaikan aduan berkenaan dalam masa kurang 24 jam.

Kisah kelakar tapi bermakna

I.C.U. (bukan nama sebenar) dan Mat The Gaytics (mmg nama sebenar) ialah dua sahabat pengisap dadah yg tegar. Ntah camne, satu hari mereka telah kantoi dgn polis dan disumbat 2 minggu ke dalam lokap. Akhirnya mereka dibawa ke mahkamah utk perbicaraan..

Hakim (ni hakim mahkamah, bukan Encik Loqman Hakim!) melihat dua anak muda harapan bangsa, yang hanyut dalam pergaulan.

Hakim : Iskk.. Iskk.. Kamu ni masih muda dah mengisap dadah.. Kamu tak sayang keluarga kamu ke?

I.C.U. : Maafkan kami Yang Arif.. Kami terikut kawan-kawan..

Mat : Iya Yang Arif.. Kami dah insaf.. Kami janji takkan buat lagi..

Hakim tersentuh bila membayangkan anaknya yang seusia mereka. Setelah berfikir sejenak, Hakim lalu mengambil keputusan.

Hakim : Baiklah.. Kali ini saya lepaskan kamu.. tapi dengan SATU syarat. Kamu dikehendaki memujuk kengkawan kamu yg lain, yang sama menagih supaya berhenti dalam masa seminggu ini! Isnin depan kamu mesti ke mari semula utk memberi laporan!

Seminggu kemudian..

Hakim : I.C.U. .. Bagaimana dengan hasil kerja kamu?

I.C.U. : Yang Arif.. Seminggu ini saya berhasil memujuk teman-teman saya sebanyak 17 orang untuk berhenti mengisap dadah..

Hakim : 17 orang? Bagus.. Hebat... Bagaimana caranya?

I.C.U. : Begini Yang Arif.. Saya buat 2 bulatan. 1 besar dan 1 kecik. Lalu saya jelaskan bulatan yang besar itu adalah otak sebelum mereka mengisap dadah... sedang yg kecik itu otak setelah mereka mengisap dadah..

Hakim : Bagus... Bagus... Bagaimana pula dgn awak, Mat?

Mat : Saya pulak.. telah berjaya memujuk 156 kengkawan saya, Yang Arif!!

Hakim : (Terperanjat) 156??? Wowww!! Bagaimana caranya ?

Mat : Sama mcm I.C.U. buat, Yang Arif... Saya juga lukis 2 bulatan.. 1 bulatan kecik, 1 lagi bulatan besar..

Hakim : Terbalik pulak.. pastu?

Mat : Tapi saya cakap.. yang kecil ini lubang punggung sebelum masuk lokap... dan yang besar selepas masuk lokap..

Hakim : Awwwwwwww.. Mat The Gaytics ni..

Monday, March 7, 2011

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.

 Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
 Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
 Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Hilang selera makan atau selera bertambah.
 Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
 Apabila bercakap tidak bertentang mata.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
 Parut atau bekas suntikan di lengan.
 Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
 Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
 Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
 Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
 Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
 Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
 Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
 Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
 Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
 Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
 Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
 Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
 Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
 Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
 Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.


sumber:http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_tanda_penagihan.php

APA DIA SYABU???

APA DIA SYABU

Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
a. ICE
b. GLASS
c. CRACK METH
d. HIROPONG
e. BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3


LATAR BELAKANG

Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;

Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;

Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu.

Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
** Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
** Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
** Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.

Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

** Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;

** Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan

** Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:
** Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
** Kekuatan mental dan fisikal.;
** Keseronokan dan khayalan;
** Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
** Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU

Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
** Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
** Dalam motor starter;
** Lampu Kalimantang;
** Bekas stater kalimantang
** Bekas tin bedak;
** Bekas bateri tetefon bimbit; dan
** Tumit selipar/kasut.

Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

NAMA BRAND DAN GRED SYABU

Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones

Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu:
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.
Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.