Tuesday, April 5, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=9Qo7tc6qbVM&feature=player_embedded
AADK anjur kempen Kick Drugs Out
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/06/19
Program bertujuan beri kesedaran pada masyarakat mengenai bahaya dadah

PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan melancarkan Program Kick Drugs Out! (KDO) sempena Sambutan Hari AADK Antarabangsa (HADA) yang akan diadakan di pekarangan pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya di sini, pada 26 Jun ini.
Penolong Pengarah AADK Selangor, Zulkarnain Mohamad, berkata tujuan program terbabit adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat secara berterusan berhubung masalah penyalahgunaan dadah yang semakin serius di negara ini.
“Program berkenaan akan menumpukan kepada usaha menyedar dan menggerakkan masyarakat dengan kempen pencegahan dadah.

“Kita yakin impak daripada penganjuran program ini orang ramai akan mula mengutamakan aspek kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan penggunaan rokok atau menyalahgunakan ubat-ubatan, sekali gus akan menjauhi dadah,” katanya pada sidang media mengenai Program KDO di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan), Nani Sikin dan Penolong Pegawai AADK Petaling Jaya, Rozeelia A Wahid.

Zulkarnain berkata, lebih 20 syarikat swasta dan badan bukan kerajaan NGO bermurah hati untuk menaja program yang julung kali diadakan ini termasuk Mydin USJ, Bank Rakyat dan Yeo Hiap Seng (YEOS), Pizza Pinos, Amtex Shoes dan Hikers Climber Adventured Team.
“KDO juga akan menyediakan pelbagai aktiviti sihat dan menarik untuk pengunjung termasuk pelbagai acara sukan seperti Explorace, Paint Ball, Mobile Wall Climbing, Pertandingan Jig Saw Puzzle, Kuiz Terbuka, Permainan Dam Ular dan Gubahan Mawadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkarnain berkata sikap orang ramai yang menjadi mata dan telinga AADK dalam usaha memerangi dadah semakin meningkat apabila pihaknya menerima lebih 40 aduan mengenai penyalahgunaan dadah dalam tempoh enam bulan sepanjang tahun ini berbanding hanya kurang 10 aduan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aduan mengenai penyalahgunaan dadah berikutan semua aduan yang diterima sama ada menerusi panggilan telefon, surat atau e-mel itu akan disiasat pada kadar segera dan pihaknya cuba menyelesaikan aduan berkenaan dalam masa kurang 24 jam.

Kisah kelakar tapi bermakna

I.C.U. (bukan nama sebenar) dan Mat The Gaytics (mmg nama sebenar) ialah dua sahabat pengisap dadah yg tegar. Ntah camne, satu hari mereka telah kantoi dgn polis dan disumbat 2 minggu ke dalam lokap. Akhirnya mereka dibawa ke mahkamah utk perbicaraan..

Hakim (ni hakim mahkamah, bukan Encik Loqman Hakim!) melihat dua anak muda harapan bangsa, yang hanyut dalam pergaulan.

Hakim : Iskk.. Iskk.. Kamu ni masih muda dah mengisap dadah.. Kamu tak sayang keluarga kamu ke?

I.C.U. : Maafkan kami Yang Arif.. Kami terikut kawan-kawan..

Mat : Iya Yang Arif.. Kami dah insaf.. Kami janji takkan buat lagi..

Hakim tersentuh bila membayangkan anaknya yang seusia mereka. Setelah berfikir sejenak, Hakim lalu mengambil keputusan.

Hakim : Baiklah.. Kali ini saya lepaskan kamu.. tapi dengan SATU syarat. Kamu dikehendaki memujuk kengkawan kamu yg lain, yang sama menagih supaya berhenti dalam masa seminggu ini! Isnin depan kamu mesti ke mari semula utk memberi laporan!

Seminggu kemudian..

Hakim : I.C.U. .. Bagaimana dengan hasil kerja kamu?

I.C.U. : Yang Arif.. Seminggu ini saya berhasil memujuk teman-teman saya sebanyak 17 orang untuk berhenti mengisap dadah..

Hakim : 17 orang? Bagus.. Hebat... Bagaimana caranya?

I.C.U. : Begini Yang Arif.. Saya buat 2 bulatan. 1 besar dan 1 kecik. Lalu saya jelaskan bulatan yang besar itu adalah otak sebelum mereka mengisap dadah... sedang yg kecik itu otak setelah mereka mengisap dadah..

Hakim : Bagus... Bagus... Bagaimana pula dgn awak, Mat?

Mat : Saya pulak.. telah berjaya memujuk 156 kengkawan saya, Yang Arif!!

Hakim : (Terperanjat) 156??? Wowww!! Bagaimana caranya ?

Mat : Sama mcm I.C.U. buat, Yang Arif... Saya juga lukis 2 bulatan.. 1 bulatan kecik, 1 lagi bulatan besar..

Hakim : Terbalik pulak.. pastu?

Mat : Tapi saya cakap.. yang kecil ini lubang punggung sebelum masuk lokap... dan yang besar selepas masuk lokap..

Hakim : Awwwwwwww.. Mat The Gaytics ni..