Terkini


Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah
February 14, 2011 by Bro Jinggo

Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.
Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan.
Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.
Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin.
Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng.

Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah.
“Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya,” katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.
Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih.
Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan.
Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya. -Bernama



March 30, 2011 15:15 PM
Granny Sentenced To Death For Drug Trafficking

KUALA TERENGGANU, March 30 (Bernama) -- A grandmother was sentenced to death Wednesday after the High Court here found her guilty of trafficking heroin weighing 92.68 grammes in August 2009.

The accused, Mariah Hamadi, 49, of Rantau Panjang, and has seven grandchildren, was charged with committing the offence within the compound of the Padang Nenas mosque in Mengabang Telipot at about 3.45pm on Aug 30, 2009.

Judge Datuk Mohd Yazid Mustafa said the prosecution had proven its case beyond reasonable doubt.

He said that despite attempts by the defence to raise doubts by arguing that the accused was just taking the item on behalf of a friend named Ida without knowing its content, the court found the statement to be false.

The accused, he said, had previously testified that she was going to Kuala Berang with his husband to visit her husband's relatives whom she had not known before, and had dropped by at the mosque to pass the item to a person in the mosque.

"But it is not logical for the accused to take the coastal road from Rantau Panjang to Kuala Berang and then dropping by at the mosque because of the distance," he said, adding that the accused had also turned pale and was shivering when she was arrested by the police, proving that she knew the content of the items she was carrying.

-- BERNAMA




April 01, 2011 19:29 PM
Malaysian Teacher Freezes Over Hidden Drug 'ice' In Luggage In Karachi Airport
By P. Vijian

NEW DELHI, April 1 (Bernama) -- Pakistani customs officers seized four kilogrammes of psychotropic party drug 'ice' (syabu) from a Malaysian teacher when he froze upon being quizzed over the contents of his luggage at the Jinnah Karachi International Airport.

The 25-year-old suspect from Penang was nabbed on Wednesday when he allegedly tried to smuggle the drug to Malaysia.

Bernama learnt that the man's fidgeting demeanour which resulted in him freezing upon being questioned on his luggage, was all the authorities needed to become suspicious over his motives.

The customs officials decided to check his luggage and found the drug, also known as crystal methamphetamine hydrochloride, concealed inside.

"It is routine for us to check passengers leaving Karachi airport. When we questioned him, he failed to give a satisfactory answer.

"Upon checking, we found the drugs hidden in a special compartment in his luggage," an investigating officer from the airport-based Drug Enforcement Cell (DEC) told Bernama in a telephone interview from Karachi Friday.

The crystalline substances were neatly packed in two polythene bags that were concealed in the suspect's specially built two-layered suitcase.

He was believed to be heading to his hometown Penang via Kuala Lumpur from Karachi.

According to customs officials, it was the first time that amphetamine drug was detected and seized in Pakistan.

The suspect is now being held at a customs lock-up in Karachi.

Officials have filed a case under the Control of Narcotics Substances Act 1997 against the Malaysian.

-- BERNAMA




01 April, 2011 19:28 PM
Warga Malaysia Ditahan Di Lapangan Terbang Karachi Kerana Cuba Seludup Dadah
Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 1 April (Bernama) -- Seorang guru sambilan berusia 25 tahun dari Pulau Pinang ditahan di lapangan terbang di Karachi, Pakistan, pada Rabu lalu, kerana didakwa cuba menyeludup keluar dadah jenis amphetamine.

Unit Penguatkuasaan Narkotik (DEC), Kastam Pakistan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah menahan lelaki warga Malaysia itu yang kelihatan gelisah dan kemudian menyoal kandungan dalam beg pakaiannya.

Selepas gagal memberi jawapan yang memuaskan di kaunter Kastam, pegawai DEC kemudian melakukan pemeriksaan dan menjumpai empat kilogram dadah tersebut yang disembunyikan dalam ruang khas dalam begnya, kata seorang pegawai penyiasat DEC.

"Adalah rutin bagi kami memeriksa penumpang yang menaiki pesawat dari lapangan terbang Karachi," katanya ketika dihubungi Bernama menerusi telefon dari Karachi.

Dadah berkristal itu dibungkus dengan kemas dalam dua beg politena yang disorokan dalam beg pakaian yang diubahsuai dengan dua lapik.

Rakyat Malaysia itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Pulau Pinang menerusi Kuala Lumpur dari Karachi.

Menurut pegawai Kastam, dadah amphetamine itu adalah kali pertama dikesan dan dirampas di Pakistan dan suspek itu kini ditahan di lokap Kastam di bandar Karachi.

Pegawai DEC telah memfailkan kes terhadap warga Malaysia itu mengikut Akta Bahan Kawalan Narkotik 1997.

-- BERNAMA